Joy & Happiness.....

October 2, 2011

After 3 &half years ago.....

Alhamdulillah........sejak bergelar seorang ibu yg menggalas tanggungjawab pd 2 bahu ini tanpa ada sokongan dan bantuan 2 bahu yang telah terpisah...untuk hdp bersama anak tersayang hingga ke hari ini...dh lebih kurang 3 thn setengah.....syukur kepadaNYA...saya mampu berdiri dengan kedua bahu ini menggalas dan akan terus menggalas tanggungjawab sebagai seorg mama...papa dan sahabat kepada IYAD BAZLI. Allah S.W.T maha adil kepada umatnya...DIA yg hanya mengetahui apa yg akan terjadi dan sudah menulis setiap perjalanan hambaNYA. Syukur padaNYA, Iyad akan menyambut hari lahir yg ke-4 tidak lebih dari 2 bulan dari sekarang...tanggal 1 Disember 2007, Allah s.w.t menganugerahkn saya seorang anak lelaki yang cukup sifat dan terlalu comel dipandangan mata saya seorang ibu yang telah membawanya bersama tidak kira siang, malam,hujan,panas selama 9 bulan. Segala masalah yang tersimpan didalam jiwa tanpa pernah dikongsikan bersama sesiapa telah hilang pada saat menatap wajah comel anak yang ditunggu2 kedatangannya. Harapan cuma satu...kehadiran dia akan lebih menyinari kehidupan kami. Takdir menentukan segalanya, Alhamdulillah..walaupun harapan tidak kesampaian, Allah s.w.t memberikan saya seorang teman semasa hayat dikandung badan yang akan bersama saya sentiasa sehingga nafas saya yang terakhir yang akan tiba pada bila2 masa yang dikehendakiNYA. Iyad adalah satu anugerah yang paling berharga yang menyinari hari2 saya dan keluarga yang menjadi tulang belakang serta semangat bagi saya meneruskan hari2 kami ber-2..saya semakin bahagia dengan perkembangan iyad, alhamdulillah....dgn umurnya 3 thn lebih dia mampu membuatkan saya sbg ibunya merasa bangga utk diri sendiri...hanya satu harapan saya..seperti semua harapan ibubapa lain.....mengharapkan Iyad menjadi manusia yang berguna...soleh......dan menghargai orang disekelilingnya........Thanks a lot to my beloved family yang banyak membantu, mendokong dan menjadi tulang belakang kami......Alhamdulillah...
(just 2 sharing wit frens.....)

No comments:

Post a Comment